Friday, November 25, 2011

meh ramai2 solat jemaah :D



salam 1 muharam semua,cepatnya masa berlalu sampai tak perasan da abis da satu tahun, jd semalam selepas asar kami satu rumah mmbaca doa akhir tahun dan doa awal tahun ( semoga Allah mengampunkan dosa2 kita yg banyak sgt sepanjang tahun yg berlalu dan menerima amalan kita yg baik )

lama sungguh tak update blog ni,jadi hari ni rasa cam nk share perkara yang simple je,tp bermakna :D
berkenaan  SOLAT JEMAAH 

semua orang boleh solat,tp mampukah semua orang pergi solat berjemaah? jawapannya TIDAK. kenapa saya mengatakan sebegitu? saya bg contohlah di malaysia,kalau diperhatikan jemaah yang hadir di masjid atau di surau amatlah sedikit,boleh bilang berapa kerat je saf yang ada orang, (lagi2 waktu subuh). kemanakah hilangnya LELAKI MUSLIM untuk hadir berjemaah? 

perasan atau tidak,hanya solat jumaat je kita dapat lihat betapa ramainya yg dapat hadir solat jemaah, mashaAllah sampai ada yang terpaksa guna tikar sebagai alas nak solat sebab terlalu ramai sangat yg hadir, alangkah bestnya dapat lihat situasi camni setiap waktu solat FARDHU :) tp kenapa solat jumaat dan solat sunat hari raya je baru nmpk cmni? kenapa ramai  IKHWAH khusunya tidak mampu menuju ke masjid setiap 5 kali solat fardu??  renung2kan :)

solat jemaah ni best,sbb kita boleh dapat 27 kali ganda pahala daripada solat solo di rumah,dan kita dapat kenal ramai orang,mungkin kita dapat jumpa orang berbeza2 setiap kali kita solat,pastu kan kalau ada extra aktiviti seperti tazkirah,bleh dapat ilmu :D, pastu kan,bila kita rajin berjemaah di masjid,waktu kita mati nanti,adalah jemaah yang akan solatkan untuk kita. kalau nak ceritakan fadhilat solat jemaah ni byk sgt. 

Diriwayatkan dari bukhari dan muslim:

Rasulullah S.A.W pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat jemaah 

Imam muslim meriwayatkan hadis dari Abu hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang untuk memimpinya untk ke  masjid . Oleh itu,dia meminta Rasulullah s.a.w memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat dirumahnya sahaja. Pada mulanya Rasullulah membenarkan, tetapi kemudiannya Baginda menarik kembali kebenarannya tadi setelah baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan yang dikumandangkan ke masjid.

oleh itu,meh kawan2 semua merimarahkan masjid2 dan surau2 yang bnyak sangat,kat mana2 leh jumpa masjid,kalau boleh gi KLCC ramai2,gi TIMES SQUARE ramai2,takkn gi masjid tak boleh kot, takde bayar tiket apa2 pon masuk kesana,amik wuduk,buat saf,qamat,solat,doa,(kalau rajin bleh baca quran dan ma'thurat) :) perkara semua ni boleh di aplikasikan kepada MUSLIMAH jugak :) 

Akhir kata,nak galakkn ramai bersolat berjemaah,melainkan ada perkara2 yang betul2 menghalang diri dari berjemaah. mari sama2 seiring menyampaikan pesanan kepada diri sendiri dan orang lain disamping melaksanakan solat berjemaah :)




p/s: tahun hijrah ni,jom tanamkan azam nk selalu jemaah :D








No comments:

Post a Comment