Saturday, September 24, 2011

kekayaan yang sebenar

عن ابي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ليس الغنى عن كثرة العرض ولكن الغني غنى النفس

Ertinya : Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi s.a.w. bersabda : "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa."
                                                                                         ( Riwayat al- Bukhari dan Muslim )


Wednesday, September 21, 2011

لا تحزن ان الله معنا =)

Pernah tak kita rasakan kita adalah manusia atau insan yang paling malang dalam dunia ni? pernah tak kita rasakan kita ni paling banyak dan teruk terima dugaan? pernah tak kita rasakan tiada orang kisah tentang kita dan sentiasa rasakan tiada siapa sayang dan cintakan kita? kadang- kadang kita dah jadi terbaik tapi orang masih tak suka kan kita,tapi bila kita jadi jahat orang lagi tak suka kat kita,kadang-kadang tak faham apakah sedang melanda dlm diri dan rasa seperti tiada harapan lagi untuk rasa bahagia...kerana setiap saat ada je dugaan berlaku, apalah nasib diriku ini... (ini adalah rintihan manusia yang sentiasa diuji Allah dan hampir putus harapan dengan ketentuanNya )


sahabat-sahabat sekalian, Janganlah bersedih kerana Allah sentiasa bersama kita :)


apabila diri kita diuji Allah,itu tandanya Allah sangat2 menyayangi diri kita,Dia tidak membiarkan kita begitu sahaja,Dia pilih diri kita untuk menguji keimanan kita dan untuk memberi kita kenikmatan yang kita tidak dapat impikan iaitu syurga yang kekal abadi,kuncinya ialah kita beriman dan bersabar dan redha dengan setiap ujian yang menimpa diri kita. Ujian Allah itu bukanlah saja2 je Allah nak beri,kadang2 Allah nak ampunkan dosa kita  bila kita semakin jauh dari Allah,dan Allah nak timpakan kesusahan selepas kesenangan supaya kita jangan rasakan diri ini tinggi dan lupa dan alpa dari mengingati Allah,kadang2 tertanya2 kenapakah aku ni selalu je barang kena curi,mungkin Allah nak bersihkan harta kita dan beri pengajaran kat kita supaya banyakkn bersedekah,kadang2 kita ditimpa sakit selepas sihat,dengan sakit tu kita belajar lagi tentang islam,belajar tayammum,belajar solat  dalam keadaan sakit, jadi point yg paling penting sentiasa PERCAYA DAN SENTIASA BAIK SANGKA DENGAN ALLAH :)


kita tak pernah bersendirian, Allah sentiasa bersama kita, percayalah sahabat2ku sekalian, kalau kita bersedih dan dalam kesusahan mengadulah kepada Allah sebab Allah sentiasa mendengar rintihan hamba2nya, 
     "Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah ayat 45 ) 


kita akan merasakan ketenangan kerana Allah selalu disisi kita, jangan sekali2 putus berharap dengan Allah, Allah nak bagi kita nikmat yg sangat2 besar selepas diuji dengan banyak dugaan, sentiasa berdoa dan solat dan Al quran sentiasa bersama kerana quran itu adalah surat cinta ALLAH untuk kita dan terus berada di jalanNya, jangan kita ikut telunjuk syaitan ,kerana syaitan sentiasa membisikkan kejahatan untuk melemahkan kita.. Ingatlah Allah maha Pengampun dan Penyanyang terhadap hamba2nya. Allah takkan beri sesuatu ujian yang tak mampu kita hadapi, Allah pencipta kita, dan Dia maha mengetahui hamba2nya, Allah sentiasa tahu apa yg terbaik untuk kita :)


jadi kita bukanlah manusia yang malang apabila ditimpa ujian dari Allah dan yakinlah kalau kita rasakan kita ni paling teruk ditimpa ujian,ada yang lagi teruk lg daripada kita,dan kita akan rasa bersyukur.. dan janganlah rasakan tiada siapa yang sayangkan kita kerana Allah sentiasa menyanyangi kita. :) 




    hayati lagu insha Allah ni,indah kata2nya :)