Tuesday, December 20, 2011

muslimah :)

"Kebahagian manusia ada 3 : wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah : wanita yang buruk (perangainya), tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk. "
                           (hadis riwayat Ahmad (1/168) ,dengan sanad yang sahih )

Dan mereka berkata (berdoa) : "wahai tuhan kami, anugerahilah kami isteri2 kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadilah kami imam ikutan orang2 yang bertaqwa (Al-Furqan 25: 74)

" Dunia seluruhnya adalah perhiasan, sebaik2 perhiasan adalah isteri  solehah" 
                                                   ( hadis riwayat Muslim ) 




             

Saturday, November 26, 2011

kencing manis (diabetes mellitus)

tajuk post kali ini berkaitan kesihatan iatu penyakit yg berkaitan dengan paras gula yang tinggi dalam darah (hyperglycemia). Penyebab mengapa berlakunya kencing manis adalah samada hormon insulin seseorang kurang atau memiliki insulin tetapi tidak berfungsi (insulin resistance). 



insulin ada 2 jenis (type1 and type 2)
   - type 1 : adalah disebabkan oleh badan ( Beta cell of Langerhans in the pancreas) kurang menghasilkan insulin. kebanyakannya adalah berumur dalam lingkungan 20 - 30 tahun dan kanak2. pesakit yang menghidap kencing manis type1,dirawat dengan memberikan insulin kepadanya . (insulin dependent diabetes mellitus ).


- type 2 : adalah disebabkan oleh insulin tidak bertindak balas dengan paras gula dalam darah dan mengakibatkan paras gula dalam darah menjadi tinggi. Obesity adalah diantara penyebab terjadinya DM Type 2. kebanyakan yang mendapat type 2 ini dalam lingkungan 40 ke atas. (adult DM). (non insulin dependent diabetes mellitus )


TANDA2 KENCING MANIS





MEDICATION FOR DM


       Insulin and oral antidiabetic 
 sites for insulin injection 





p/s : Obesity adalah masalah utama terjadinya kencing manis di serata dunia,kurangnya pengambilan makanan yg sihat,elakkan mengambil makanan yang manis2 dan minuman yg manis, dan kurangnya bersenam mempercepatkan terjadinya kencing manis,dan dalam masa yang sama menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik yang lain,seperti arteriosclerosis,renal failure,myocardial infarction,dan macam2 lagi.


segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya anda mendapat symptom seperti diatas. :)


JAGALAH KESIHATAN KITA KERANA KESIHATAN LEBIH BERNILAI DARI WANG RINGGIT

               









Friday, November 25, 2011

meh ramai2 solat jemaah :D



salam 1 muharam semua,cepatnya masa berlalu sampai tak perasan da abis da satu tahun, jd semalam selepas asar kami satu rumah mmbaca doa akhir tahun dan doa awal tahun ( semoga Allah mengampunkan dosa2 kita yg banyak sgt sepanjang tahun yg berlalu dan menerima amalan kita yg baik )

lama sungguh tak update blog ni,jadi hari ni rasa cam nk share perkara yang simple je,tp bermakna :D
berkenaan  SOLAT JEMAAH 

semua orang boleh solat,tp mampukah semua orang pergi solat berjemaah? jawapannya TIDAK. kenapa saya mengatakan sebegitu? saya bg contohlah di malaysia,kalau diperhatikan jemaah yang hadir di masjid atau di surau amatlah sedikit,boleh bilang berapa kerat je saf yang ada orang, (lagi2 waktu subuh). kemanakah hilangnya LELAKI MUSLIM untuk hadir berjemaah? 

perasan atau tidak,hanya solat jumaat je kita dapat lihat betapa ramainya yg dapat hadir solat jemaah, mashaAllah sampai ada yang terpaksa guna tikar sebagai alas nak solat sebab terlalu ramai sangat yg hadir, alangkah bestnya dapat lihat situasi camni setiap waktu solat FARDHU :) tp kenapa solat jumaat dan solat sunat hari raya je baru nmpk cmni? kenapa ramai  IKHWAH khusunya tidak mampu menuju ke masjid setiap 5 kali solat fardu??  renung2kan :)

solat jemaah ni best,sbb kita boleh dapat 27 kali ganda pahala daripada solat solo di rumah,dan kita dapat kenal ramai orang,mungkin kita dapat jumpa orang berbeza2 setiap kali kita solat,pastu kan kalau ada extra aktiviti seperti tazkirah,bleh dapat ilmu :D, pastu kan,bila kita rajin berjemaah di masjid,waktu kita mati nanti,adalah jemaah yang akan solatkan untuk kita. kalau nak ceritakan fadhilat solat jemaah ni byk sgt. 

Diriwayatkan dari bukhari dan muslim:

Rasulullah S.A.W pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat jemaah 

Imam muslim meriwayatkan hadis dari Abu hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang untuk memimpinya untk ke  masjid . Oleh itu,dia meminta Rasulullah s.a.w memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat dirumahnya sahaja. Pada mulanya Rasullulah membenarkan, tetapi kemudiannya Baginda menarik kembali kebenarannya tadi setelah baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan yang dikumandangkan ke masjid.

oleh itu,meh kawan2 semua merimarahkan masjid2 dan surau2 yang bnyak sangat,kat mana2 leh jumpa masjid,kalau boleh gi KLCC ramai2,gi TIMES SQUARE ramai2,takkn gi masjid tak boleh kot, takde bayar tiket apa2 pon masuk kesana,amik wuduk,buat saf,qamat,solat,doa,(kalau rajin bleh baca quran dan ma'thurat) :) perkara semua ni boleh di aplikasikan kepada MUSLIMAH jugak :) 

Akhir kata,nak galakkn ramai bersolat berjemaah,melainkan ada perkara2 yang betul2 menghalang diri dari berjemaah. mari sama2 seiring menyampaikan pesanan kepada diri sendiri dan orang lain disamping melaksanakan solat berjemaah :)




p/s: tahun hijrah ni,jom tanamkan azam nk selalu jemaah :D








Saturday, September 24, 2011

kekayaan yang sebenar

عن ابي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ليس الغنى عن كثرة العرض ولكن الغني غنى النفس

Ertinya : Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi s.a.w. bersabda : "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa."
                                                                                         ( Riwayat al- Bukhari dan Muslim )


Wednesday, September 21, 2011

لا تحزن ان الله معنا =)

Pernah tak kita rasakan kita adalah manusia atau insan yang paling malang dalam dunia ni? pernah tak kita rasakan kita ni paling banyak dan teruk terima dugaan? pernah tak kita rasakan tiada orang kisah tentang kita dan sentiasa rasakan tiada siapa sayang dan cintakan kita? kadang- kadang kita dah jadi terbaik tapi orang masih tak suka kan kita,tapi bila kita jadi jahat orang lagi tak suka kat kita,kadang-kadang tak faham apakah sedang melanda dlm diri dan rasa seperti tiada harapan lagi untuk rasa bahagia...kerana setiap saat ada je dugaan berlaku, apalah nasib diriku ini... (ini adalah rintihan manusia yang sentiasa diuji Allah dan hampir putus harapan dengan ketentuanNya )


sahabat-sahabat sekalian, Janganlah bersedih kerana Allah sentiasa bersama kita :)


apabila diri kita diuji Allah,itu tandanya Allah sangat2 menyayangi diri kita,Dia tidak membiarkan kita begitu sahaja,Dia pilih diri kita untuk menguji keimanan kita dan untuk memberi kita kenikmatan yang kita tidak dapat impikan iaitu syurga yang kekal abadi,kuncinya ialah kita beriman dan bersabar dan redha dengan setiap ujian yang menimpa diri kita. Ujian Allah itu bukanlah saja2 je Allah nak beri,kadang2 Allah nak ampunkan dosa kita  bila kita semakin jauh dari Allah,dan Allah nak timpakan kesusahan selepas kesenangan supaya kita jangan rasakan diri ini tinggi dan lupa dan alpa dari mengingati Allah,kadang2 tertanya2 kenapakah aku ni selalu je barang kena curi,mungkin Allah nak bersihkan harta kita dan beri pengajaran kat kita supaya banyakkn bersedekah,kadang2 kita ditimpa sakit selepas sihat,dengan sakit tu kita belajar lagi tentang islam,belajar tayammum,belajar solat  dalam keadaan sakit, jadi point yg paling penting sentiasa PERCAYA DAN SENTIASA BAIK SANGKA DENGAN ALLAH :)


kita tak pernah bersendirian, Allah sentiasa bersama kita, percayalah sahabat2ku sekalian, kalau kita bersedih dan dalam kesusahan mengadulah kepada Allah sebab Allah sentiasa mendengar rintihan hamba2nya, 
     "Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah ayat 45 ) 


kita akan merasakan ketenangan kerana Allah selalu disisi kita, jangan sekali2 putus berharap dengan Allah, Allah nak bagi kita nikmat yg sangat2 besar selepas diuji dengan banyak dugaan, sentiasa berdoa dan solat dan Al quran sentiasa bersama kerana quran itu adalah surat cinta ALLAH untuk kita dan terus berada di jalanNya, jangan kita ikut telunjuk syaitan ,kerana syaitan sentiasa membisikkan kejahatan untuk melemahkan kita.. Ingatlah Allah maha Pengampun dan Penyanyang terhadap hamba2nya. Allah takkan beri sesuatu ujian yang tak mampu kita hadapi, Allah pencipta kita, dan Dia maha mengetahui hamba2nya, Allah sentiasa tahu apa yg terbaik untuk kita :)


jadi kita bukanlah manusia yang malang apabila ditimpa ujian dari Allah dan yakinlah kalau kita rasakan kita ni paling teruk ditimpa ujian,ada yang lagi teruk lg daripada kita,dan kita akan rasa bersyukur.. dan janganlah rasakan tiada siapa yang sayangkan kita kerana Allah sentiasa menyanyangi kita. :) 




    hayati lagu insha Allah ni,indah kata2nya :)




Thursday, August 18, 2011

perkara tu BETUL tapi nape kita pandang PELIK ek???

post kali ni saya nk cerita paasal perkara tu betu tapi sbb kita tak cukup ilmu dan tak pernah tengok ataupon jarang jumpa pastu tengok jakunn...


meh daku listkan perkara yang kita pandang pelik lagi jakun dan korang rasakan salah : 


      1. SOLAT =>  kalau kat malaysia,kita biasa nmpk perempuan solat mesti pakai telekung... (siap berbagai2 warna dan sulaman) telekung tu yg biasa kita nmpk warna PUTIH... tapi tetiba ada sorg perempuan solat terawih pakai jubah ngn tudung biasa yg tutup dada, dan kaler bukan la putih,masa tu kita pon usha lama2 perempuan tu sampai perempuan tu jadi tak selesa,da la usha pastu dok ckp kat mmbe sebelah kita tu
                 "dia tu mazhab mana? ada ke solat pakai camtu,pakai la telekung...."


akak oii,solat ni bukan wajib pakai telekung,pakai yang MENUTUP AURAT,lantak la dia nak pakai cmne,selagi sempurna dan bersih pemakaian dia,takde masalah pon,jangan pikir pakai telekung  tu korang da tutup aurat,kalau jarang cmne??? kalau kuning berdaki tak basuh cmne??? JANGAN CEPAT MENGHUKUM ORANG,,
pakaian yang dia bawak jalan2 tu da sempurna da dan boleh bawak solat,yg kita pulak kena pakai telekung sbb nak cover aurat yg tak tutup kalau tak solat...


pakai la lawa2 depan Allah,ni dengan telekung da bertahun tak basuh,dengan bau kepam (lalat pon leh mati),,pastu pergi menghadap pencipta korang,tapi pas solat tu cepat2 tanggal telekung pergi bilik solek,kuarkan macam2 alat2 solek,lipstick tebal seinci,bedak kat muka da mcm opera da,,,yg betulnye,pakai la lawa2 dan bersih bila menghadap Allah :D (jgn plak korang pk lawa tu kne pakai dress atau mini skirt,silap tu,kne lawa yg menutup aurat la,haha )


     2. BAB PEMAKAIAN LELAKI DAN PEREMPUAN
ni common berlaku,,,perempuan pakai jubah atau purdah atau pakai tudung labuh pergi pasar malam memang akan jadi bahan usha manusia yang batak ni...tapi kalau ada perempuan pakai baju sendat siap dengan seluar yg nampk lurah punggung jalan kat pasar malam relax je,takde sape yg pandang pelik,laki pandang bernafsu je,,,,
ini yang sbenarnya kita kne ubah pandangan manusia ni,,,yg tak tutup aurat tu la kena dipandang pelik supaya dia sedar dia wat tu tak betul,ni ada ke patut ckp yg pakai jubah purdah tu kolot dan bajet alimmm,hrmmmm bila la masyarakat nak maju ni,,,,


asal pakai tutup2 aurat ckp alim,ni bukan alim ke tak alim,ni sal tuntutan agama akak2 dan makcik2 oii..korang akan rasa selamat dan selesa berjalan pergi taman klcc atau pon g jln TAR ngn pakaian sempurna menutup aurat,try la kalau tak percaya,saya penah try dan sgt999 selamat insha Allah,sbb ap???
             1. korang da berjaya elakkn mata2 jahat laki2 yg bernafsu ni
             2. dan korang da berjaya elakkn gangguan seksual terhadap lelaki
             3. baju besar2 ni sbnarnya lagi murah berbanding baju ketat sendat tu, (cuba la pergi tengok kat kedai kalau tak percaya) haha


kalau laki pulak,mungkin kalau siapa main bola pakai seluar panjang jadi pelik tapi kalu pakai seluar pendek atas lutut dan nmpk semua bulu kaki korang tu tak pelik,emmm rasanya kalau yg pakai seluar panjang tu lagi selamat dan boleh protect kaki korang kalau terjatuh...islam tu tak susah,kita yg susahkan sebnarnya.. yakin la bro,islam sediakan terbaik untuk umatnya..asalkan bersih tutup aurat dan tak meniru agama lain berpakaian da cukup da bro,tak payah la pakai rantai2 gelang ke tindik,buruk sangat rupa laki pakai cmtu,takut manusia lain nak tegur,dah mcm jin dalam cite aladin tu..haha,biarla pom je yg pakai,jangan la sibuk amik perhiasan perempuan,,,seperti korang tidak yakin korang da smart dan ensem tanpa rantai,gelang dan tindik tu,,, betul tak? :D


    3. BAB KAWIN
perrrrrgh ni mmg tak payah cakap la,kalau adat melayu ni memang korang kena belanja beribu2 la nak kawin,da jadi macam susah da nak kawin ni,mak ayah pulak mccam nak jual anak perempuan dia,letak harga mak aiii boleh botak kepala laki tu..kawin kne ada byk persalinan,kena upah mak andam,pastu kalau bleh nk wat kat hotel yg ad byk star tu,pastu dan pastu dan pastu smpai la hutang keliling pinggang,kalau ditakdirkan korang bercerai selepas beberapa bulan kawin,hutang kawin tu pon blum abis bayar lagi,belum ap2 lg da start dengan hutang....sederhana2 la sudah :)...


sebaik2 perempuan murah maharnye,korang jangnla susahkan bakal suami korang tu,kesian kot kat laki tu,dia tu manusia gak,mana tahu dia banyak simpan duit sbb pikir nak beli rumah selepas kawin dengaan korang nnt,tp sbb mak ayah korang letak harga tinggi,tak dapat la beli uma tu,,,meh la hidup kan balik sunnah rasulullah dan cara para sahabat berkahwin.. tiada nye berlebihan dan maksiat didalam walimah,permudahkan la pernikahan ni,lagi kita payahkan dan kusutkan pasal nikah2 ni lagi ramai masuk berita buang bayi dan lari rumah,,islam da sediakan terbaik da,ikutla ap yang ditetapkan,,,


jangan la korang kutuk anak sapa2 kawin ringkas je,macam contoh pergi masjid suruh masjid adakan tazkirah atau ceramah (supaya ramai yang datang) pastu selepas abis,suruh la jemaah tunggu kejap,bapak si pengantin prempuan nanti boleh la umumkan perkahwinan anak dia dengan laki tu,laki tu bagi la ucapan sikit,pastu pas da abis ckp tu,boleh la amik nasi bungkus dan air yg disediakan sebagai menyambut perkahwinan mereka,,,,ringkas dan jimat dan takde maksiat,,,tapi kita ni suka kutuk2 orang nye majlis walimah yg sederhana ni,semoga kita dapat mengubah pandangan masyarakat ni,supaya mendapat redha Allah rumah tangga kita nnt :)


      4. BAB KERJA
yang ni memang selalu la dgr,kalau kerja doktor,engineer,arkitek,cikgu baru keje betul,kalau kutip sampah,bersihkan jalan,bersihkan loji,kita pandang macam pelik je,,,
sedar tak kita ni atau masyarat skarang ni pandang melalui GAJI bukan KEMULIAN kerja dia tu,,kalau doktor tp tak solat siap minum arak lg,apa kebondonye??? kalau engineer,tp selalu main judi,tak puasa,ap kebondonye??kalau cikgu tp rogol anak murid,ap kebondonye???tp mulianya keje tukang angkat sampah jika dia taat kepada Allah,dan mulia jugak kerje doktor kalau taat dan ikhlas , :),,, kalau mak bapak nk terima menantu,dia ngok betul2 keje laki tu,kalau ada 2 org yg meminang ank perempuan dia,sorang bawak moto kerja sebagai bilal di masjid berdekatan rumah dia  dan sorang lagi bawak kete BMW 5 series dan kerja kat company terkemuka,korang agak mak bapak perempuan tu pilih yg mana??? msti akan pilih yg ada kereta BMW tu sbb dia pikir anak dia nnt leh senang dan bahagia nnt,dia tak pikir laki tu perangai cmne,ntah2 kaki botol ke,derhaka mak ayah dia ke,kne ngok yg tu dlu kalau nk pilih menantu,tengok AGAMA nya..


cari la keje yg halal dan elakkn riba' dan  tak berbohong dan jugak tak dengki mendengki,sama2la maju,korang sendiri membantu menaikkn ekonomi umat islam,, kena selalu ingat,duit tu bukan kunci kebahagian,berkat tu kunci kebahagiaan,jadi carilah rezeki yg halal untuk kebahagiaan  anak2 dan keluarga kita nnt, :D


banyak lagi sebenarnye,tp nk beritahu semua,jangan la cepat MENGHUKUM SESEORANG HANYA MELHAT ZAHIRNYA, kaji dulu ok,,dont judge a book by its cover ..


p/s:  islam tu datang ngn asing dan akan kembali asing seperti dulu,meh la ikut yg asing tu sbb ikut islam yg sebenar :D















Wednesday, August 17, 2011

cik MULUT,andai kau tahu....

seandainya kita ni selalu ingat bahawa setiap anggota kita ni akan report nnt kat Allah setiap ap yg kita wat selama kat dunia,mesti kita akan sentiasa berhati2,tapi FOKUS saya adalah M.U.L.U.T..

     di padang mahsyar,mulut kita disoal..
             "apakah yg kau lakukan wahai mulut semasa kau didunia?"
   
jawab mulut.. " ak semasa didunia ,BERBOHONG,MENGUMPAT,MEMFITNAH,MENYAKITKAN   HATI ORANG.."
lalu,si mulut pon diseksa dan dicampakkn kedalam neraka (Ya Allah ak berlindung dari siksa NerakaMu)


perasan x,seharian kehidupan kita akan bercakap,tp sebaik2 kalimah yg kuar dari mulut kita adalah kalimah yg baik..MULUT kita ni byk dosa,kalau kita berdosa ngn Allah,dan kita bertaubat dan Insha Allah Allah akan terima kita, (Sesungguhnye Allah maha Pengampun dan Penerima Taubat hambaNya)


TETAPI!!!!!
           sekiranya kita Mengumpat tentang seseorang,Allah xkan terima taubat kita selagi kita x meminta maaf kpd tuan yg kne umpat tu....
              "sesungguhnye dosa mengumpat ni lg besar dari dosa zina"


kalau kita cari buruk dan silap org,mesti akan jumpa,dan x tahan lak pastu kita g kecoh2 kat lain,cth situasi...
               ada seorang pelacur ni da bertaubat,walaupon semalam baru je nmpk dia ngah kat lorong haji taib,
korang ada tahu x dia da bertaubat malam tu lepas yg korang nmpk dia kat lorong haji taib tu????? korang tahu k???
mestila x tahu kan,sbb dia x gtaw kat sume org yg dia da bertaubat dari dosa dia tu...
               pastu esok tu korang nmpk dia msuk masjid nk solat isyak,pastu korang yg semalam nmpk dia kat lorong haji taib gtaw kat lain tu..
               " dia tu pelacur,byk laki yg dia da wat,rosak da dia tu,ntah ap dia wat masjid ni,ntah2 nk ngorat laki orang"....
              ZZAAAAAP!!!!,korang tahu x dia da bertaubat semalam????????
 maka itu meh saya bg hadis nabi yg saya ringkaskan,,,,"sekiranya seseorang tu da bertaubat dan orang umpat tentang dia,maka akan reflect balik kesilapan org yg dia umpat tu kat pengumpat dan keturunan pengumpat tu".....


itu baru bab ngumpat,x masuk lagi yg common berlaku fitnah memfitnah dan menyakiti org lain...ni biasa kot nmpk kat zmn skung ni....

sakit hati org,biasa j berlaku skung ni,cth:  
           si A memuji baju B yg lawa,tetibe mmbe B iaitu C ckp,tu bju org beri...
simple je ayat dia,tp B terasa dan sakit hati je ngn ayat C ni,,,(klu korang ad mmbe cmni,wat2la merajuk ngn dia supaya dia paham korang terase,pastu nnt dia akan perasan salah dia dan akan minta maaf kat korang,haha,try la )


ni x masuk lagi blogger2 yg ske ngutuk dan ngumpat org,dan sebarkan fitnah dan merosakkn dunia org lain,korang ingat tulis blog ni korang bebas mengumpat,fitnah???,,,perrrrgh takutnye sbb setiap  yg ditulis tu akan disoal diakhirat nnt...bile korang nk minx maaf kat tuan kne umpat tu,kalau la ditakdirkan mereka yg diumpat tu mati dulu,cmne korang nk minx maaf??? jadi tunggulah kat hari perhitungan nnt untuk dihisab....selagi ada masa meh kita minta maaf,jgn la masa raye j nk minx maaf,dan jgnlah korang perlekehkan mmbe yg minta maaf bile nk exam je,at least dia minta maaf la daripada kita yg x ingat nk minta maaf



kata2 ringkas saya sblum nk abis tulis ,,
              1. ingatlah,kalau korang rosakkn dunia org,korang sebenarnye 
                 merosakkn akhirat korang.


              2. cubala jd optimis ngn Allah ngn manusia lain,dan korang akan 
                  sentiasa tenang :D
                  husnu dzon...


              3. bile mulut ni nk start ngumpat atau ap2 kata2 jahat,maka korang
                  blehla tampar mulut tu dan 
                  katakan pada mulut tu "ngumpat,ngumpat,masuk neraka baru
                  tahu"


              4. ataupon hati cepat2 ckp 'stop!!!!' bila nk wat jahat 


             5. diam tu adalah cara untuk elakkn semua tu berlaku :D, (waaaa 
                bestnye mereka yg pendiam atau
                bisu) :), gunakan nikmat bercakap tu ngn baik 


            6. ingatlah mati,mati ni pasti dan mulut ni akan dihisab 


p/s : jgn la korang hanya mencari produk yg halal tetapi kalimah yg kua tu haram :D
      




                





Monday, August 15, 2011

apakah itu mardhatillah? :D (toink toink)

mardhatillah ni bukanla nama makanan atau nama beg  atau nama kedai buku,hehe,tp mardhatillah ni adalah bermksd keredhaan Allah :D

kenape saya beri nama blog ni mardhatillah???
sbb mardhatillah ni ialah mencari redha Allah ngn ckp yg benar walaupon manusia tu marah atau x ske ngn post saya yg bakal saya tulis lepas2 ini (Insha Allah) :D,

kalau ikutkan,dunia skrng ni lebih mencari ridha manusia daripada ridha Allah sendiri,mereka sanggup wat ap yg manusia suruh walaupon mengundang kemurkaan Allah,cth cm dalam bab menutup aurat,manusia skung ni atau segelintir muslim sendiri merasakan memakai tudung menutupi dada dan tidak jarang sesuatu membebankan dan malu berhadapan ngn masyarakat  

kerana korang mst dalm hati takut ditertawakan mmbe2 yg xpaham bab aurat ni dalam subjek pendidikan agama islam time sekolah dlu dan fikir kalau ak pakai cmni mst mmbe ak ckp ni  pehal ko tetibe jd jd alim ni??dan merasakan susah untuk bergaya lg bila pakai tudung nk kne tutup2 dada ni,x leh da nk belit2 tudung lg cm style2 skung ni yg biasa kita nmpk dalam Fb,Ms,adehhhh!!! :P 

kalau korang ikut garis panduan yg Allah beritahu pakai menutupi aurat, korang pakaila cmne pon jenis tudung yg mampu menutupi dada korang dan x jarang

kan senang,kita sendiri menyusahkan sesuatu yg senang, dan korang kne yakin garis panduan Allah yg ni mst ada hikmah sbb Allah ni pencipta kita,Dia Maha Mengetahui segala2ny, :), dan skung ni pon kalau ngok mana2,makin tinggi jawatan seseorang tu,makin pendek tudung dia,org kata jadilah seperti padi  makin berisi makin tunduk ke bumi,makin byk ilmu makin rasa rendah diri dan kerdil je

jd korang sendiri nmpk cmne kita ni lg selesa wat ap yg manusia suka dari Allah ske,jd jangan la tanye nape Allah turunkan Bala' bencana kat sesebuah negara tu,sbb kita ni lebih ikut ap yg manusia mahukan daripada Allah. 

setakat ni jela penjelasan sal title blog saya ni,hehe, semoga kita ni sentiasa mendapat redha Allah dan sabar ngn dlm mlaksanakan ap yg Allah suruh kerana kita ni bakal menghadapNya  :) 

p/s : bukankah kesenangan akan datang selepas kepayahan,yakinla ngn janji2 Allah ( surah Al-Insyirah ) :D






This is my 1st post :D

salam kawan2,saya manusia baru dalam dunia blogger ni :D
sebenarnye niat nk test2 je wat blog,mgkin cm rasa nk share ap2,leh share kat sini...hehe

memandangkan blog ini dicipta dalam bulan RAMADAN,iaitu 15 RAMADAN,
so,kalau thn dpn genap 15 RAMADAN,maka genapla setahun umur blog ni,hehe

jadi kpd semua yg muslim yg sedang berpuasa,sila bersyukur kerana kita dapat merasa ramadan thn ni yg mgkin
mmbe2 lain semuslim ngn kita x sempat merasa ramadan tahun ni,jd rebutla peluang yg Allah bg ni mengerjakan 
sebaik mgkin dan sgt rugila siapa yg keluar dari ramadan tanpa keampunan dari Allah,,,

maka itu,meh sama2 kita cari keredhaan(MARDHATILLAH) dan keampunan(MAGHFIRAH) dari Allah,

CAYOK!!!!!!! :D